Monday 11 January 2016

[Food & Recipe] Yong Tau Foo & Terapi Pasar!

Agree?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
I haven't been to pasar basah for weeks! Kinda missing the trip. Pasar basah is therapeutic. (I am 42 this year and I think this is normal for women my age)
 
Seafood line-ups, rows of daging and ayam and stalls of bermacam-macam sayur-sayuran. Dari sayur kampung hinggalah ke sayur bandar. I personally like sayur kampong. Pucuk paku masak lemak, pucuk ubi celur cicah sambal tempoyak. Yumm. But the passion is not shared with others in our little household. Too bad.
 
Kalau balik kampong, memang laaaa sangat berselera makan coz my mother and adik beradik and sister-in-laws biasanya akan dish out masakan kampong. Siap dengan ikan sungai, sambal belimbing, sambal tempoyak. Ulam pucuk mengkudu celur. Masak lemak pucuk labu. Kulat busut masak bening air. And oh masak lemak kulat sisir yang sangat umphh. I can go on and on, on this.

This, was few months back. Makan-makan with family at my brother's house
 
 Godness, I am drooling already!

Anyway.
 
I went to Pasar Kajang Sabtu baru-baru ni. And it triggered the hantu dapor in me. Having cleaned everything bought dari pasar, I cleaned the fridge and organise everything inside it. Now freezer saya sangat kemas that I stand with pride everytime I open the door. Over kan.
 
In cooking department, of course with yours truly's help, I made ketam berlada, sotong goreng celup tepung, bak choy in oyster sauce. I dished out nasi lemak with sambal sotong kering (beli masa a wonderful (and loud!) Penang trip with girlfriends from old school), ikan goreng, accompanied by oakleaf salad and tomato. (This makcik lupa beli timun) Then I did bubur jagung (I even made lollies from the leftover) and did yong tau foo. And apam pisang gula hangus as well.
 
Full force cooking this weekends
 
This time, saya nak share the yong tou foo I made with love for my little family. Makan dengan sup coz we love soup (and more like I do not how to make that dark brown gravy hehe)

Weekends well spent. And food well eaten! Adam tegur maknya - Ummi ni asyik makannnn je.
 
Ingredients
1. 1 ekor ikan tenggiri papan saiz sederhana, anggaran 1-1 1/2kg
2. 1 ulas bawang putih
3. 2 sudu besar tepung ubi kayu
4. Garam dan lada sulah secukup rasa
5. 1 sudu teh minyak bijabn
6. 1 biji terung- potong dan korek sedikit isi tengahnya.
7. 4 batang kacang bendi - buang tangkai, belah dua dan buang bijinya.
8. 2 batang cili merah - buang tangkai, belah 2 dan buang bijinya.
9. 1 labu bawang putih - biarkan dalam bentuk 1 labu, cuci tanpa dibuang kulit, potong bahagian atasnya sahaja
10. Halia sebesar ibu jari - hiris tebal atau ketuk.
11. 1 biji bawang merah - hiris halus.

- Fillet kan ikan tengiri. Ketepikan tulang tengah dan kepala. Buang semua tulang  pada fillet ikan dan kikis isi ikan dari kulitnya.
- Cuci dan toskan fillet ikan.
- Di dalam food processor, masukkan fillet ikan, tepung ubi kayu, bawang putih. Perisakan secukupnya dengan garam dan lada sulah. Proseskan selama 2-3 minit sehingga hancur.

Untuk membuat isi sayuran
- Ambil isi ikan dan sumbat ke dalam terung, kacang bendi dan cili.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper.
- Pan fry sebentar sayuran yang disumbat tadi sehingga sayur agak layu dan isi ikan separuh masak.
- Toskan minyak.
Tips: Basahkan tangan dengan air sebelum memegang isi ikan untuk mengelakkan melekat di tangan.

Untuk membuat fishball
A. Jika mahu disejuk beku...
- Sediakan semangkuk air sejuk.
- Bentukkan dengan menggunakan sudu, masukkan ke dalam air sejuk.
- Toskan sedikit, atur di dalam bekas atau dulang, masukkan ke dalam freezer. Pastikan fishball tidak bersentuhan antara satu sama lain.
- Bila telah keras, isikan ke dalam bekas bertutup.

B. Jika mahu di makan terus
- Sebaik sahaja membentuk fishball, jatuhkan ke dalam air mendidih dan biarkan sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Atau boleh terus dimasukkan ke dalam kuah sup ikan yang mendidih.
Tips: Selalu celupkan sudu ke dalam air bagi mengelakkan isi ikan melekat-lekat pada sudu.

Untuk membuat sup ikan
- Di dalam periuk, satukan tulang tengah ikan dan kepalanya.
-  Masukkan bawang putih dan halia.
- Rebus kira-kira 1/2 jam dengan api perlahan.
- Tapis, ambil stoknya sahaja.
- Di dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah.
- Tuang stok ikan tadi. Didihkan.
- Perisakan dengan garam dan lada sulah.
Tips: Stok ikan boleh dibekukan dan tahan disimpan sehingga 2 minggu.



Fishballs. Sangat uneven bentuknya. Siap ada biji cili tersesat sebijik di situ..

Untuk menghidang, masukkan fishball dan sayuran ke dalam sup ikan. I tell you.. very refreshing. We had it tonight with kuetiaw goring, done by yours truly.

I hope everyone had a good weekend and ready to seize the coming week.


 

No comments:

Post a Comment