Wednesday 21 December 2016

[Love of My Life] Kakak

 
Assalamualaikum.
Peace Be Upon You.
 
 
Sembilanbelas haribulan Duabelas, Duaribu Enambelas.
Keputusan PT3 diumumkan.

Alhamdulillah.
Usai mengmbil segala dokumen berkaitan, ambil buku teks untuk Tingkatan 4, kami makan tengahari.

Saya tanya Kakak mahu apa untuk PT3.
Matanya berkelip-kelip. Macam keliru.
Tapi Kakak tak dapat 10As pun?

Kami begitulah.
Raikan apa jua.
Sudah usaha, kan?
Sebanyak mana Allah nak bagi, cuba terima dengan hati terbuka.

Dia kata dia tak tau nak apa.
Dia memang begitu, tak banyak mahunya, tak banyak kerenahnya.
Sederhana dan ringkas.

Apapun,
Tahniah dari Ummi dan Abah.
Terus dan terus majukan diri.
Sayang Ummi dan Abah tak dikira dengan berapa A yang Kakak dapat.
Perjalanan hidup Kakak masih jauh.
Doa Ummi dan Abah, semoga semuanya dipermudahkan Allah buat Kakak.