Thursday 25 February 2016

[Rambling] Windy Day & [Edu-Aid] Bukit Bundar


Assalamualaikum.
Peace be upon you.

Hari ni agak berangin di kawasan kejiranan saya. Ada dahan-dahan pokok patah. Pasu tumbang. Daun-daun kering bersepah-sepah.
 
Setakat ni, usai menghantar Budak Benyek ke sekolah. Kakak dan Ah Boi pun dah dijemput balik ke rumah. Ummi sakit kepala hari ni, jadinya tadi singgah makan nasi ayam saja.
 
Rutinnya di sebelah petang hari persekolahan, balik ke rumah - mandi, makan tengahari, solat dan rehat. Homework dan KUMON bermula jam 3:30 petang. Ah Boi kadang-kadang insist nak start homework right away lepas selesai mandi, makan dan solat. Ummi insist dia rehat dulu so nanti nak start homework, mindanya lebih segar dan relaks. Lagipun, Ummi nak duduk-duduk tengok tivi jugek hehe.
 
Jam 4:30, saya start semak their books and bagi extra exercise. Kiranya itulah kelas tusyen Cikgu Ummi, where no one can escape. Untuk Budak Benyek tu, kelas tusyen Cikgu Ummi kira-kira jam 9:30 pagi.
 
Like I said, to teach, one must learn. Last week saya found out my two boys tak berapa faham konsep bundar. Well, sebab saya pun tak berapa nak faham, makanya google la jawabnya kan. Ada beberapa cara but I am most comfortable with the concept of BUKIT BUNDAR. Maaf saya tak ingat di page mana yang saya tengok but, many many thanks kepada yang share konsep ni.
 
First and foremost, kita lukis BUKIT BUNDAR dulu. And plant this image in mind.
 
Bukit ni ada dua bahagian iaitu kiri dan kanan.
KIRI - nombor 1, 2, 3 dan 4. Bawah bukit kita letak +0, sebabnya kalau ikut hukum matematik, jika 1, 2, 3 dan 4 adalah nombor selepas nilai tempat yang hendak dibundarkan, kita tak perlu tambah apa-apa.
KANAN - nombor 5, 6, 7, 8, 9. Bawah bukit pula +1. Sebabnya nilai tempat yang dibundarkan akan di tambah 1 jika nombor berikutnya ialah 5, 6, 7, 8 dan 9
 
Contoh 1
Bundarkan 843 kepada puluh terdekat.
 
Step 1 - kenal pasti nilai tempat yang hendak dibundarkan.
Dalam contoh ini, rumah PULUH. Tandakan nombor tu.
8 4 3
 
Step 2 - lihat nombor di kanan nya.
Dalam contoh ini, sebelah kanan ialah SA dan nilainya ialah 3.
8 4 3
 
Step 3 - Ingat BUKIT BUNDAR kita!
3 berada di sebelah KIRI BUKIT BUNDAR, maka nya +0 pada tempat yang hendak dibundarkan, iaitu 4 +0 ( =4)

Step 4 - letak 0 pada rumah-rumah di sebelah KANAN nombor yang dibundarkan itu.
Maka jawapannya 840
 
 
Contoh 2
Bundarkan 875 kepada ratus terdekat.
 
Step 1 - kenal pasti nilai tempat yang hendak dibundarkan.
Dalam contoh ini, rumah RATUS. Tandakan nombor tu.
8 7 5
 
Step 2 - lihat nombor di kanan nya.
Dalam contoh ini, sebelah kanan ialah PULUH dan nilainya ialah 7.
8 7 5
 
Step 3 - Ingat BUKIT BUNDAR kita!
 7 berada di sebelah KANAN BUKIT BUNDAR, maka nya +1 pada tempat yang hendak dibundarkan, iaitu 8 +1 ( =9)
 
Step 4 - letak 0 pada rumah-rumah di sebelah KANAN nombor yang dibundarkan itu.
Maka jawapannya 900
 
 
Kalau dalam konsep PERPULUHAN pun, ada penggunaan konsep BUNDAR ni. Contohnya kalau soalan - BERIKAN JAWAPAN DALAM TIGA TITIK PERPULUHAN. Katakan lepas dah kira-kira.. jawapan kita ambil hingga empat titik perpuluhan..  3.1468.
 
Mula-mula kita tengok nombor ke-tiga perpuluhan tu. Dalam contoh ni ialah 6 (3.1468).
 
Lepas tu kita tengok nombor di kanannya. Dalam contoh ni.. 8 (3.1468)
 
Kemudian, ingat BUKIT BUNDAR kita - 8 berada di sebelah KANAN BUKIT BUNDAR, jadi 6 perlu +1 ..
 
Jawapan 3.147

Ini cara that I am comfortable with and I think my kids senang nak faham this way. Just to supplement apa yang guru-guru dah ajar di sekolah. 
 
So, inilah perkongsian Cikgu Ummi hari ni.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment