Thursday, 4 February 2016

[Food & Recipe] Sticky Chicken Wings @ Kepak Ayam Madu

Antara makanan kegemaran anak-anak.
Easy peasy.


Bahan-bahan
1. 8 keping kepak ayam - potong dua

Bahan tumis.. (hiris nipis atau tumbuk kasar)
1. 1/2 inci halia
2. 4 ulas bawang putih

Bahan sos.. (kacau sebati dalam mangkuk)
1. 2 sudu besar sos tiram
2. 1 sudu besar sos ikan
3. 2 sudu besar kicap pekat manis
4. 1-2 sudu besar madu

- Panaskan 3 sudu besar minyak masak.
- Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan ayam dan masak selama kira-kira 5 minit.
- Tuangkan bahan sos.
- Goreng hingga bahan sos pekat. Guna api pelahan coz madu cepat hangit.

 
 
Kepak ayam saya asalnya tak berapa gelap. Saya tambah sos caramel waktu menggoreng.




No comments:

Post a Comment