Assalamualaikum
Peace be upon you
A couple of weeks ago, I made Nasi Briyani. From scratch.
Adapted 90% from original recipe taken from blog Best of Wardah. There's also a link to a video demonstration in that entry.
First time tengok ada orang share kat FB. Teruja nak buat coz it doesn't call for premix or instant biryani spices or paste. Kekonon nak challenge diri sendiri laa...
I didn't get the color macam dalam video tu. Nevertheless I am still satisfied with the outcome.
Husband oredi oder satu tray nanti nak bawak pegi ofis jamu kawan-kawan dia :-) |
Resepi ni ada tiga bahagian iaitu
(1) Penyediaan ayam
(2) Penyediaan nasi
(3) Menggabungkan ayam + nasi
(1) PENYEDIAAN AYAM
- Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang besar hingga hampir garing. Awas jangan sampai hangit!
- Masukkan pula halia dan bawang putih yang dikisar
- Masukkan pula ayam. Biarkan hingga keluar air. Balik-balikkan supaya tak hangus.
- Kemudian masukkan rempah ratus - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, daun bay dan jintan manis.
- Kacau rata, hingga naik bau.
- Masukkan pula cili boh dan serbuk kunyit.
- Masukkan pula yoghurt. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan air dan didihkan hingga ayam hampir masak.
Ayam is ready! Ketepikan dulu. Kita sediakan nasi pulak..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(2) PENYEDIAAN NASI
- Rendam beras selama 30 minit. Bersih dan toskan.
- Dalam satu periuk, masukkan air dan tambah garam, daun bay, bunga cengkih dan buah pelaga.
- Didihkan.
- Apabila sudah mendidih, masukkan beras yang ditos tadi. Tanak selama 10 minit.
- Toskan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(3) MENGGABUNGKAN AYAM DAN NASI
- Dalam satu tray, susun ayam. Tuangkan kuahnya.
- Susun pula daun ketumbar, tomato, lemon dan capsicum.
- Tuang nasi.
- Titiskan sedikit pewarna makanan. Saya guna warna oren.
- Dengan mengunakan tangkai sudu atau chopstick, buat lubang-lubang di atas nasi untuk membenarkan stim dari kuah ayam naik ke atas.
- Tutup tray dengan aluminium foil.
- Masukkan dalam oven selama 30-40 minit, pada suhu 160C
Like I have mentioned earlier, I copy 90% from the original recipe coz I couldn't find black cardamom. In fact tak tau pun kewujudan black cardamom. And tak jumpa juga peppercorn. Not whole peppercorn. And not even cracked peppercorn. Selalu ada je kat kedai. Memang ditakdirkan tak berjodohan masa nak buat biryani tu..
Macam complicated kan? But if you see the video demo, it is not that hard actually. And worth trying if you like biryani.
Highly recommended.
No comments:
Post a Comment