Assalamualaikum.
Peace be upon you.
Peace be upon you.
Minggu lepas - Jumaat.
Keluar rumah jam 12 tengahari untuk jemput Ah Boy dan Kakak balik sekolah. Tunggu di pagar sekolah rendah. Tak lama kemudian datang brother aiskrim naik motor. Saya belikan Adam satu aiskrim. Kemudian datang pulak brother aiskrim Malaysia, bawak satu tong aiskrim, satu tong nasi lemak untuk jualan. Ada tiga anak ikut sekali. Yang paling besar pun mungkin tadika (judging dari seragam tadika yang dipakai), yang paling kecik mungkin dalam dua tahun. Seluar baju agak lusuh, tapi bersih dan kemas. Dalam hati berkira-kira nak belikan budak-budak tu aiskrim yang scoop tu. Tapi dalam hati terpikir bimbang ayahnya terasa. Atau apa pulak orang lain cakap nanti. Tau-tau dalam saya dok berkira-kira, brother aiskrim motor tu dah bagi budak-budak tu aiskrim sorang satu. Bukan satu scoop, tapi tiga scoop. Suka budak-budak tu. Saya termalu sendiri.

Semalam - Selasa
Keluar dari AEON Big lepas beli groceries rumah. Didatangi wanita separuh umur, kiri kanan tangan ada plastik besar berisi keropok untuk jualan. Saya angkat tangan sambil senyum dan geleng kepala. Dia cuba lagi tapi saya tetap tak mau. Sebab di rumah pun ada keropok. Ah Boy teragak-agak. Jalan sambil tertoleh-toleh. Kemudian dia berhenti dan tanya kenapa saya tak beli.
Ummi tak belilah. Kat rumah pun ada keropok.
Tapi dia nampak macam orang susah Ummi.
Kita kena beli.
Dia pandang saya, seakan mengharap.
Pada akhirnya, duit RM4.00 bertukar tangan.
Ah Boy masuk kereta dengan sebungkus keropok di tangan.

Itulah sekolah paling hebat.
Tak perlu pakaian seragam.
Tak perlu buku-buku.
Tiada yuran apa pun.
It's called life.
It's called life.
Dan gurunya mungkin siapa saja..
Seorang brother perjual aiskrim bermotor yang saban hari berpanas (dan kadang-kadang berhujan) menjual aiskrim
Atau ..
Seorang anak berusia 12 tahun yang baru mengenal bunga-bunga kehidupan.
No comments:
Post a Comment