Thursday 28 April 2016

[Food & Recipe] Kek Belang

 
Assalamualaikum.
Peace be upon you.

Salam Hari Khamis.
Ramai yang tak sabar tunggu hujung minggu ni kan. Sambung cuti, dapat 3 hari straight.

Jom cuba buat Kek Belang ni okay.. Bahan-bahan mudah, cara buat pun ringkas saja.
 
 
Made these (dapat 2 bekas) Apam Belang last week. Actually dah beberapa kali buat, but yang latest was the most glory-est of all :-) Cukup rasa. Very soft. The the color combo was just right. Pardon me for being syok-sendiri hehe. I was so happy with the result.

[1]   4 biji (saya guna 5 sebab telur kecik)
[2]   2 sudu teh ekstrak vanilla
[3]   1 sudu besar ovalette
[4]   200 gm gula kastor
[5]   250 ml susu segar
[6]   300 gm tepung naik sendiri
[7]   Emulco (saya guna perisa strawberry dan coklat)

- Masukkan telur, ekstrak vanilla, ovalette dan gula kastor di dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan hingga benar-benar kembang. (Gunakan pemukul bentuk belon)
- Tuang susu segar sedikit demi sedikit dan teruskan mengadun hingga sebati.
- Masukkan pula tepung dan gaul sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama di campur emulco strawberry. Bahagian kedua dengan emulco coklat. Bahagian ketiga tidak dicampurkan dengan apa-apa.
- Sendukkan bahagian pertama ke dalam bekas pengukus. Diikuti bahagian kedua dan ketiga, Ulang sehingga adunan habis.
- Kukus selama 30 minit
 

My personal preference - kombo perisa plain+coklat+strawberry yang paling sedap. Diikuti dengan plain+orange. Tried blueberry tapi it could not make it to my favourite list :-)



Some recipes call for pewarna instead of emulco. Well, it is up to masing-masing punya tastebud. I like the color and flavour when using emulco.

 
Potongan bersememeh. Not IG worthy at all hehe. Adunan as per recipe saya share di atas, yields 2 bekas. I use 9-inch springform. If guna springform, make sure to line with paper baking sheet. We don't want the mixture to seep kat tepi-tepi tu.
 
And cover penutup kukusan dengan teatowel untuk elakkan air kukusan jatuh atas adunan. Like I did. Nampak tengah-tengah tu (gambar kedua) ada corak hampir-hampir serupa telinga Mickey Mouse sbb air penutup kukusan jatuh atas tu.

Dah tau tapi buat jugak. Degil kan.
 

No comments:

Post a Comment